Thursday, 8 May 2014

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.


JIKA TERLUPA BACALAH: ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ
Firman Allah :
{وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ} [الكهف: 24
“ dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa " ( QS al-Kahfi ; 24 )
Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga kita semua tergolong dari kalangan hamba-hamba Allah yang dianugerahkan taufiq dan hidayah agar kekal dalam nikmat iman dan islam serta menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha memperbanyakkan zikrullah termasuk berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Kita selalu dengar para ustaz atau penceramah apabila terlupa sesuatu akan mengucapkan selawat ke atas junjungan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.. persoalannya apakah perkara ini ada pedoman dari al-Quran mahupun sunnah? Sedangkan ayat yang baru kita utarakan di atas jelas menunjukkan perintah mengingati Allah apabila terlupa…

Jawapan :

1) ayat tersebut merupakan perintah secara umum agar kita berzikir kepada Allah apabila terlupa sesuatu. Selawat ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga merupakan sebahagian dari zikrullah.

2) Terdapat beberapa nas hadis yang menyarankan berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila terlupa sesuatu.
عن أنس بن مالك رضي اللَّه تبارك وتعالى عنه قال: قال رسول اللَّه صلّى اللَّه عليه وسلّم: "إذا نسيتم شيئا فصلوا علي تذكروه إن شاء اللَّه تعالى". قال الحافظ أبو موسى وقد ذكرناه من غير هذا الطريق في كتاب (الحفظ والنسيان )
 “ Apabila kalian melupai sesuatu, maka berselawatlah ke atas-ku kalian akan mengingatinya ( kembali ) in sya Allah”  (Hadis Dhoif )
Terdapat juga atsar  yang menguatkan riwayat ini.
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: "من خاف على نفسه النسيان فليكثر الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم". أخرجه ابن بشكوال بسند مقطع. كما أورده الإمام الفقيه ابن حجر الهيتمي في الدر المنضود في الصلاة والسلام على صاحب المقام المحمود (ص: 238(.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata : “ Sesiapa yang bimbang dirinya akan kelupaan maka hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.”
Sekalipun hadis ini dhoif tidak mengapa beramal dengannya kerana ia tidak keluar dari maksud ayat perintah zikrullah di atas. Imam an-Nawawi pula mengatakan Ijma’ ulama boleh berpodoman dengan hadis dhoif pada fadhoil a’mal. Imam Ahmad bin Hanbal pula menyatakan : “ Hadis dhoif lebih aku sukai dari pandangan ( buah fikiran ).”

3) Berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan sebab mengundang selawat Allah ke atas seorang hamba yang berselawat. Apabila Allah berselawat ke atas seorang hamba terhasillah cahaya penyuluh jalan dan pembuka rahsia. Firman Allah :
{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ}
“ Dia lah Yang berselawat ke atas kamu ( memberi rahmat kepada kamu ) - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang” ( QS al-Ahzab ; 43 ).

Kesimpulan :
Ramai para ulama yang menyatakan di antara tuntutan berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam itu ialah ketika melupai sesuatu. Di antara mereka ialah as-Sakhawi dalam kitabnya al-Qaulu al-Badi’(  m/s ; 427 ) , Ibnu Hajar al-Haitsami dalam kitabnya ad-Durrul Mandhud ( m/s ; 238 ) dan al-Hafiz Abu Musa al-Madiniy dalam al-Hifdhu wan Nisyan.
Hakikatnya kita memang dituntut memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam setiap keadaan.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.
Wallahu a'lam.
Wassalam. َ

No comments:

Post a Comment