Apabila kau letih dan hilang semangat
Allah tahu kau telah mencuba sedaya upaya
Apabila tangismu berpanjangan dan hatimu berduka
Allah telah mengira tiap titisan air matamu itu
Apabila kau rasa ketinggalan dan masa berlalu meninggalkanmu
Allah akan tetap bersamamu.
Apabila kau kebuntuan akal
Maka Allah adalah petunjuk jalan
Apabila kau telah berazam
Maka bertawakallah kepada Allah
kerana Dia tidak akan sesekali mengecewakan hamba-Nya Ya Allah,
Betapa kasihnya Kau kepada kami.
Lamarlah hati kami untuk mencintaiMu lebih dari segala yang ada di langit dan di bumi.
No comments:
Post a Comment