Monday 16 June 2014

10 Muwasafat Tarbiyyah


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:
1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.· Pesanan al-Banna:· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)· Walaupun kaya, perlu bekerja.· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).· Menjauhi riba dalam semua lapangan.· Menyimpan untuk waktu kesempitan.· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam. 

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan). 

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia. 

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah. 


10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Thursday 8 May 2014

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.


JIKA TERLUPA BACALAH: ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ
Firman Allah :
{وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ} [الكهف: 24
“ dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa " ( QS al-Kahfi ; 24 )
Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga kita semua tergolong dari kalangan hamba-hamba Allah yang dianugerahkan taufiq dan hidayah agar kekal dalam nikmat iman dan islam serta menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha memperbanyakkan zikrullah termasuk berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Kita selalu dengar para ustaz atau penceramah apabila terlupa sesuatu akan mengucapkan selawat ke atas junjungan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.. persoalannya apakah perkara ini ada pedoman dari al-Quran mahupun sunnah? Sedangkan ayat yang baru kita utarakan di atas jelas menunjukkan perintah mengingati Allah apabila terlupa…

Jawapan :

1) ayat tersebut merupakan perintah secara umum agar kita berzikir kepada Allah apabila terlupa sesuatu. Selawat ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga merupakan sebahagian dari zikrullah.

2) Terdapat beberapa nas hadis yang menyarankan berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila terlupa sesuatu.
عن أنس بن مالك رضي اللَّه تبارك وتعالى عنه قال: قال رسول اللَّه صلّى اللَّه عليه وسلّم: "إذا نسيتم شيئا فصلوا علي تذكروه إن شاء اللَّه تعالى". قال الحافظ أبو موسى وقد ذكرناه من غير هذا الطريق في كتاب (الحفظ والنسيان )
 “ Apabila kalian melupai sesuatu, maka berselawatlah ke atas-ku kalian akan mengingatinya ( kembali ) in sya Allah”  (Hadis Dhoif )
Terdapat juga atsar  yang menguatkan riwayat ini.
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: "من خاف على نفسه النسيان فليكثر الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم". أخرجه ابن بشكوال بسند مقطع. كما أورده الإمام الفقيه ابن حجر الهيتمي في الدر المنضود في الصلاة والسلام على صاحب المقام المحمود (ص: 238(.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata : “ Sesiapa yang bimbang dirinya akan kelupaan maka hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.”
Sekalipun hadis ini dhoif tidak mengapa beramal dengannya kerana ia tidak keluar dari maksud ayat perintah zikrullah di atas. Imam an-Nawawi pula mengatakan Ijma’ ulama boleh berpodoman dengan hadis dhoif pada fadhoil a’mal. Imam Ahmad bin Hanbal pula menyatakan : “ Hadis dhoif lebih aku sukai dari pandangan ( buah fikiran ).”

3) Berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan sebab mengundang selawat Allah ke atas seorang hamba yang berselawat. Apabila Allah berselawat ke atas seorang hamba terhasillah cahaya penyuluh jalan dan pembuka rahsia. Firman Allah :
{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ}
“ Dia lah Yang berselawat ke atas kamu ( memberi rahmat kepada kamu ) - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang” ( QS al-Ahzab ; 43 ).

Kesimpulan :
Ramai para ulama yang menyatakan di antara tuntutan berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam itu ialah ketika melupai sesuatu. Di antara mereka ialah as-Sakhawi dalam kitabnya al-Qaulu al-Badi’(  m/s ; 427 ) , Ibnu Hajar al-Haitsami dalam kitabnya ad-Durrul Mandhud ( m/s ; 238 ) dan al-Hafiz Abu Musa al-Madiniy dalam al-Hifdhu wan Nisyan.
Hakikatnya kita memang dituntut memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam setiap keadaan.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.
Wallahu a'lam.
Wassalam. َ

Monday 29 October 2012

Luahan Hatiku


Apabila kau letih dan hilang semangat
Allah tahu kau telah mencuba sedaya upaya


Apabila tangismu berpanjangan dan hatimu berduka
Allah telah mengira tiap titisan air matamu itu


Apabila kau rasa ketinggalan dan masa berlalu meninggalkanmu
Allah akan tetap bersamamu.


Apabila kau kebuntuan akal 
Maka Allah adalah petunjuk jalan


Apabila kau telah berazam
Maka bertawakallah kepada Allah
kerana Dia tidak akan sesekali mengecewakan hamba-Nya

Ya Allah,

Betapa kasihnya Kau kepada kami.
Lamarlah hati kami untuk mencintaiMu lebih dari segala yang ada di langit dan di bumi.





Tuesday 8 May 2012

Kebersihan Hati



Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks solat,unsure-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.Semuanya berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin; 
1.Kehadiran hati (hati tidak menerawang memikirkan perkara perkara selain dari solat) 

2.Pemahaman (memahami segala perkataan yang dilafazkan ketika solat)

3.Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t. (Berasa takut terhadap Allah hasil dari kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi).

4.Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia).

5.Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya sudah tentulah).



Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan berkata: Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah.



Perlaksanaan Ibdaha-ibadah ini secara konsisten akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan memelihara hati dari serangan ansir yang boleh merosakkannya.Di antara perkara yang amat ditekankan agama ialah keikhlasan.Itu paling penting kerana dari keikhlasan itulah yang menentukan ibadah kita diredhai Allah atau sebaliknya.Allah berfirman: Maka kecelakaanlah bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya.Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (riya )..(Surah Al-Ma un ayat 4-6)

Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w. bersabda: (Di antara mereka yang) duduk di bawah naungan arasy Allah, pada hari yang tidak ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tersembunyi dari tangan kirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w. bersabda: Sedikit dari riya ketika (ketika beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan Al-Hakim.Isnadnya sahih).



Di akhirat, golongan yang riya akan dipanggil dengan beberapa gelaran keji, seperti yang disebutkan oleh nabi s.a.w.: Di hari qiamat mereka yang riya akan dipanggil dengan gelaran) Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat, wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk.. (Riwayat Ibn Abi Dunya)



Di dalam Ihya ulumuddin, diriwayatkan perkataan Saidina Ali r.a. berhubung dengan cara untuk mengenal riya. Beliau berkata; Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya) mempunyai tiga tanda:

1.Apabila bersendirian , malas beribadah.Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat untuk beribadah.Sebaliknya apabila berada bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi rajin.Contohnya kat Mesjid, kononnya malu kalau tak buat solat sunat.

2.Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.

3.Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya

Ni jelas amalan yang 2 dan 3 tu, bergantung pada sorrounding people's insult.






Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi yang jujur lagi beramanah.Peribadi seperti ini semakin ketandusan pada hari ini.John C. Maxwell di dalam Developing the leader within you berkata: Semua orang pernah menemui mereka yang penonjolan luarannya lebih hebat dari dalamannya.Amat menyedihkan pada hari ini, ramai orang memberi focus kepada pembinaan imej luaran lebih dari imej dalaman.Yang anehnya apabile mereka jatuh mereka tidak tahu punca yang menyebabkan kejatuhan itu.. Rumah Putih, Pentagon,Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan, akademi malah pusat penjagaan kanak-kanak, semuanya telah diserang pelbagai skandal yang memalukan pada hari ini.

Wednesday 11 April 2012

LOVE FOR YOU


LOVE FOR YOU


kau cahaya hidupku menyinari masa hadapan
Kau pergi tak kembali tak akan aku lepaskan
Kau pergi tak dapat aku cari
Tak mungkin ku lepaskan kau pergi

Musnahlah segala
Bagai derai kaca
ku tidak percaya
kau telah tiada

kelu tak terkata
kau buat diriku
tinggal ku sendiri
mengingati helahmu

TAKKAN PERGI……

Mimpi sememangnya indah
Jika menjadi kenyataan
Namunku tak ingin mimpi
Jika ia menyakitkan

You were the light above me
My shining starts of tomorrow
Is like the end when you left
Have so much story yet to tell.

You were to far away from me to call
Is just to hard for to let you go.


You left me nothing more
Then just a pile of fish
I can’t believe you gone
There nothing left you say.

YOU SHOULD HAVE STAY……

The nice thing about dream is
It something could be possible
But I don’t want to dream is
If just a dream of the life.

Friday 6 April 2012

Erti Sebuah Persahabatan

Sunyinya hidupku tanpa teman di sisi


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
TetapiDalam kita bersendirian,kita beruntung kerana.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)




Tuesday 3 April 2012

Wanita Terindah


Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu dan janganlah engkau sekali2 Menggugurkan diri..menyembah tanah..Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu..

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik.
Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

ツ.. •.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. In Shaa Allah [♥

#jadilah wanita yang tinggi martabatnya di sisi ALLAH