Monday, 16 June 2014

10 Muwasafat Tarbiyyah


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:
1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.· Pesanan al-Banna:· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)· Walaupun kaya, perlu bekerja.· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).· Menjauhi riba dalam semua lapangan.· Menyimpan untuk waktu kesempitan.· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam. 

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan). 

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia. 

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah. 


10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Thursday, 8 May 2014

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.


JIKA TERLUPA BACALAH: ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ
Firman Allah :
{وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ} [الكهف: 24
“ dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa " ( QS al-Kahfi ; 24 )
Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga kita semua tergolong dari kalangan hamba-hamba Allah yang dianugerahkan taufiq dan hidayah agar kekal dalam nikmat iman dan islam serta menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha memperbanyakkan zikrullah termasuk berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Kita selalu dengar para ustaz atau penceramah apabila terlupa sesuatu akan mengucapkan selawat ke atas junjungan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.. persoalannya apakah perkara ini ada pedoman dari al-Quran mahupun sunnah? Sedangkan ayat yang baru kita utarakan di atas jelas menunjukkan perintah mengingati Allah apabila terlupa…

Jawapan :

1) ayat tersebut merupakan perintah secara umum agar kita berzikir kepada Allah apabila terlupa sesuatu. Selawat ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga merupakan sebahagian dari zikrullah.

2) Terdapat beberapa nas hadis yang menyarankan berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila terlupa sesuatu.
عن أنس بن مالك رضي اللَّه تبارك وتعالى عنه قال: قال رسول اللَّه صلّى اللَّه عليه وسلّم: "إذا نسيتم شيئا فصلوا علي تذكروه إن شاء اللَّه تعالى". قال الحافظ أبو موسى وقد ذكرناه من غير هذا الطريق في كتاب (الحفظ والنسيان )
 “ Apabila kalian melupai sesuatu, maka berselawatlah ke atas-ku kalian akan mengingatinya ( kembali ) in sya Allah”  (Hadis Dhoif )
Terdapat juga atsar  yang menguatkan riwayat ini.
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: "من خاف على نفسه النسيان فليكثر الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم". أخرجه ابن بشكوال بسند مقطع. كما أورده الإمام الفقيه ابن حجر الهيتمي في الدر المنضود في الصلاة والسلام على صاحب المقام المحمود (ص: 238(.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata : “ Sesiapa yang bimbang dirinya akan kelupaan maka hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.”
Sekalipun hadis ini dhoif tidak mengapa beramal dengannya kerana ia tidak keluar dari maksud ayat perintah zikrullah di atas. Imam an-Nawawi pula mengatakan Ijma’ ulama boleh berpodoman dengan hadis dhoif pada fadhoil a’mal. Imam Ahmad bin Hanbal pula menyatakan : “ Hadis dhoif lebih aku sukai dari pandangan ( buah fikiran ).”

3) Berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan sebab mengundang selawat Allah ke atas seorang hamba yang berselawat. Apabila Allah berselawat ke atas seorang hamba terhasillah cahaya penyuluh jalan dan pembuka rahsia. Firman Allah :
{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ}
“ Dia lah Yang berselawat ke atas kamu ( memberi rahmat kepada kamu ) - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang” ( QS al-Ahzab ; 43 ).

Kesimpulan :
Ramai para ulama yang menyatakan di antara tuntutan berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam itu ialah ketika melupai sesuatu. Di antara mereka ialah as-Sakhawi dalam kitabnya al-Qaulu al-Badi’(  m/s ; 427 ) , Ibnu Hajar al-Haitsami dalam kitabnya ad-Durrul Mandhud ( m/s ; 238 ) dan al-Hafiz Abu Musa al-Madiniy dalam al-Hifdhu wan Nisyan.
Hakikatnya kita memang dituntut memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam setiap keadaan.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.
Wallahu a'lam.
Wassalam. َ