Friday, 30 March 2012

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan
paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah
senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul
lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta
secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes
dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad
dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak
elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan
harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.
(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit
nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana
dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak
yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak
selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak
diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan
iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak
boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan
seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki
sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya
sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia
akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun
menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati
cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana
dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan
dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan
dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah
secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah,
kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak
BAHAGIA.****

Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,
kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. Jadi,sama-samalah kita sentiasa ingat
mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka
dengan dunia …buruklahh padahnya…





No comments:

Post a Comment