Friday, 6 May 2011

Bila kami sudah bertemu

Pertama sekali, aku bersyukur kerana dijemput ke majlis yang julung-julung kali aku dapat dan tahniah kepada semua warga sekolah yang turut mendapat anugerah kecemerlangan tersebut. Bersyukur sangat-sangat kerana aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan semula setelah beberapa bulan kami tidak bertemu.Bila sudah bertemu, macam-macam cerita ingin dikongsi bersama kawan-kawan sehinggakan..


"Tolong kawal suara nanti tak dengar apa yang pengetua sedang berucapan"

Hah kan dah kena tegur. Buat malu sahaja. Apa-apa pun aku tetap gembira kerana dapat berkongsi saat manis di akhir persekolahan kami di majlis yang penuh bersejarah ini. 



Beginilah rupa buku jemputannya.

Hah kan dah kena tegur. Buat malu sahaja. Apa-apa pun aku tetap gembira kerana dapat berkongsi saat manis di akhir persekolahan kami di majlis yang penuh bersejarah ini. 

Cuba teka nama aku nombor berapa?

"Korang,lepas ambil hadiah nanti jangan bali dulu tau. Kita tangkap gambar dulu"

Bukan main lagi nak bergambar kenangan. Yela bukannya sealu dapat berkumpul semula setelah semua dah belajar ke IPT nanti. Nak tengok hadiah dan gambar yang kami.


Cantik tak???

Cun tak kawan-kawan aku.ha3.Maaflah gambar aku tak ada pun.


 Antara kawan-kawan aku yang hadir.

Pelbagai persembahan dapat kami saksikan sementara menunggu giliran untuk mengambil hadiah. Antaranya choral speaking, tarian zapin dan macam-macam lagi. Seronok sangat tapi gambar aku tak banyak pun dalam kamera sebab.... asal kawan-kawan aku rakam gambar je mesti aku hilang entah ke mana. Sebab itulah gambar aku sikit.


Inilah salah satu persembahan yang sempat dirakam oleh lensa kamera kawan aku. TARIAN ZAPIN.
 
Akhir kata dari aku, SHIRO WAKAKA kepada semua kawan-kawan aku: 
  • Tahniah
  • Kalau ada rezeki,boleh kita berjumpa lagi
  • Jangan pernah lupakan aku bila korang dah sambung belajar nanti
  • Doakan kejayaan kita bersama semoga mendapat keredhaan dari ALLAH.
Sekian salam rindu dari aku, Shiro Wakaka


2 comments: